Posted by : Ammar Hakim Friday, August 22, 2014


Harini nak kongsikan mengenai ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Aku masa muda-muda dulu selalu simpan ucapan selamat hari raya dalam handphone. Masa tu pakai handphone nokia skrin hitam putih tu. Bila memory dah penuh dah tak boleh save dalam handphone, gigih duk salin di buku 555 warna kucing (siap dengan warna lagi aku ingat lol) ucapan selamat hari raya. Tapi sekarang buku tu dah hilang entah kemana lah.

Sekarang zaman millenium semua nak canggih. Mana ada dah orang hantar ucapan selamat hari raya Aidilfitri pakai mesej. Semua nak via whatsApp, WeChat, Facebook, Twitter etc kan? Nak buat ayat bombastik untuk hantar ucapan Selamat hari Raya Aidilfitri ke kawan tak reti, so kita google je terus jumpa apa yang dicari tu. Tak perlu lagi buku 555 warna kuning tu.

Korang yang nak hantar ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk sahabat handai boleh pilih mana-mana ucapan dibawah yang berkenan di hati.=D

Tangan dihulur maaf dipinta, 
Erat hubungan sesama kita, 
Semoga gembira di hari yang mulia ini, 
Salah dan silap harap dimaaf, 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Maaf Zahir dan Batin.

Seiring salam seharum ganja 
Kasih sebening heroin, 
Dengan hati seputih syabu, 
Walaupun ada dosa sekecil extacy. 
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba, 
Takbir bergema mengegarkan jiwa, 
Sekiranya ada salah dan dosa, 
Ampun dipinta dihari mulia. 
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba, 
Salam diutus tanda ingatan, 
Syawal dinanti menjelang tiba, 
Salam diutus pohon kemaafan. 
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi, 
Menyambut tibanya Aidilfitri, 
Ampun maaf segala peri, 
Semoga ikatan kekal dihati. 
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Andai jemari tak sempat berjabat, 
andai raga tak dapat bertatap, 
seiring beduk yang menggema, 
seruan takbir yang berkumandang, 
ku aturkan salam menyambut 
hari raya idul fitri, 
jika ada kata serta khilafku membekas lara, 
mohon maaf lahir dan batin.

Jika jiwa sebening air, 
maka jangan keruhkan. 
Jika hati seputih awan, 
jangan mendungkan. 
Raih kemenangan dengan saling bermaafan. 
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Ramadhan bakal beransur pergi, 
Syawal menjelma di aidilfitri, 
Seikhlas hati menyusun jari, 
memohon dimaaf kekhilafan diri, 
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Jambangan indah lagi Berseri, 
Mnjadi hiasan diAidilfitri, 
SMS dkirim pengganti diri. 
Tanda ingatan tk lupa dihati, 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para, 
Hendak direbus di tepi perigi, 
SMS dihantar pengganti kad raya, 
Tanda ingatan tak luput di hati. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Mohon maaf Zahir & Batin.

Tiba kita di musim perayaan, 
Ramai juga yang shopping sakan. 
Salam lebaran daku ucapkan, 
Di hari raya saling bermaafan. 
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, 
Lambaian Syawal Kian Dinanti, 
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, 
Semoga Kesalahan Dimaafi, 
Selamat Hari Raya, 
Maaf Zahir Batin.

Di Aidil Fitri Mulia, 
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa 
TERsilap bicara 
TERmarah yg x kena 
TERtanya yg x tentu hala 
TERsasul yg x sengaja 
TERpukul kat mana2 
TERpinjam harta benda 
TERmoody x semena2 
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Lapar Puasa Terketar2, 
Bila berbuka lega rasanya, 
Kad raya tak sempat nak hantar, 
SMS pun kira oklah ye…!

Sepuluh jari tersusun rapi, 
Bunga melati pengharum hati, 
SMS dikirim pengganti diri, 
Memohon maaf setulus hati, 
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan, 
tengok-tengok hantu raya, 
hati-hati diatas jalan, 
supaya selamat pulang beraya.

Bulan ramadhan bulan yang mulia, 
di sambut dengan hati yang gembira, 
kini syawal semakin menjelma, 
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan, 
Ada mulut berbudilah pertuturan; 
Ada hati berilah kesayangan, 
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara, 
Disimpan jangan ampun dipinta, 
Syawal dinanti kan kunjung tiba, 
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar 
Jarinan lembut wajah terhias 
Ramadan disambut penuh sabar 
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungai disusur sehari-hari 
Dalam gelap menangkap ikan 
Kami menyusun sepuluh jari 
Salah dan silap harap maafkan

Sebelum lidah keluh, 
sebelum hati kembali membeku, 
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms 
& sebelum semua operator sibuk.. 
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita, 
Asap keluar bunyi tak de, 
Ucapan raya maaf dipinta, 
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Ketupat pulut di atas para, 
Hendak direbus di tepi perigi, 
SMS dihantar pengganti kad raya, 
Tanda ingatan tak luput di hati. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin. 





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Search This Blog

- Copyright © 2013 Ammar Hakim - Hatsune Miku - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -